Wednesday 20 August 2014

KEK COKLAT KEGEMARAN ANAK2

Assalamualaikum..alahai lama dah Cik Tasha x update blog kan..sejak preggy aritu..hehe..xnyempat juga disamping bz ngun keje n app klinik..hehe..Cik Tasha dah slamat melahirkan bby boy dah pada 23/6/2014..ok arini cik tasha nak share resepi kek coklat leleh kegemaran anak2 Cik Tasha..

Bahan2nya Adalah:-

2 cawan tepung blue key
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko (Cik Tasha guna Serbuk KOKO Van hauntern)
1 cawan susu pekat
1 cawan gula

Bahan2 diatas masukkan dalam blender dan blend sampai smua sebati
selepas itu..ditapis sebelum masukkan ke dalam acuan. seterusnya ready untuk dikukus selama 35-40 minit @ sehingga masak

P/S ; diingatkan penutup kukusan hendaklah dibalut dengan kain untuk mengelakkan daripada air titisan jatuh ke atas kek dan jangan buka penutup sebelum masa yang ditetapkan kerana kek akan merajuk dan x naik..hehe


bahan2 untuk topping kek:-

1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar minyak masak
5 sudu besar air panas

masak semua bahan diatas dengan api perlahan sehingga cair dan agak2 da sebati..sapukan diatas kek coklat yang dikukus tadi..selepas tu simpanlah dalam peti ais untuk mengelakkan coklat tadi cair..

da siap...
~SELAMAT MENCUBA~

MINTA MAAPLAH..XSEMPAT NAK UPLOAD PIC..ANAK DA DELETE DLM HP..NANTI BUAT LAGI Cik Tasha uploadkan okey..

Assalamualaikum dan selamat Petang